16 November, 2008

Doa Mengulangkaji Pelajaran Dari Buku Atau Nota

Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku dengan kefahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada para Malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah aku dengan kesihatan yang sempurna wahai Tuhan Yang Amat Pengasih.

Doa ini kukirimkan kepada anak-anakku, isteriku dan semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan di Akhirat...Amin...

Siapa lah Aku

Sekadar seorang budak tua dari kampung yang terpencil di dalam Bahagian Betong, Negeri Sarawak. Aku dilahir dan mula mendapat pendidikan di Kampungku iaitu Kampung Spaoh. Sekarang sudah berumahtangga dan berkongsi hidup dengan "yak" dari Kampung Hulu Spaoh. Sekampung lah tu. Hasil perkongsian hidup ini aku ada tiga orang anak. Dua pompuan dan tengahnya lelaki.
Pasal komputer ni aku bukannya pandai sangat. Boleh dikatakan dalam kategori "bebal" lah tu. Selalu saja "sesat" guna komputer. Nasib baik ada kawan yang sanggup bantu. Ikhlas tak ikhlas dia orang bantu...tak pe...yang penting aku terima ilmu dari kawan dengan hati yang ikhlas. Bukan ape..dah tua bangka macam ni baru pegagang komputer. Sebelum ni..nak pegang dan guna kalkulator pun 'fobia'. Entahlah...benda-benda canggih ini aku takut betui lah...budak kampung katakan...dulu masa kecik-kecik aku suka main 'koma', 'simban', 'sinjorot', main derebar upih pinang dan banyak lagi main-main kampung.
Pasal cerita-cerita lama ni...teringat aku masa darjah tiga hingga enam...aku selalu keliling kampung jual kuih 'berangin', lemang, pulut panggang masa cuti sekolah. 'Lagu' jual kuih tu memang ada 'tiun'nya tersendiri. Bukan aku sorang jual kuih. 'Petunggal' aku yang dua orang tu lah kami bersama jual kuih. Sekarang mereka berdua dah jadi cikgu... sebab tu lah...Guru Besar di kampung aku tu sekarang selalu kenangkan aku masa jual kuih masa kecil-kecil dulu..sebab dia yang selalu beli kuih aku. Seronok jual kuih keliling kampung ni. Yang seronoknya masa menyanyikan lagu...'kuiiiihhh......kuiiiiiiiiih..'
Berkat doa dan dorongan semangat dari kedua ibu bapaku...sekarang aku dah adalah passport jadi cikgu kampung. Alhamdulillah...
Semoga anak-anakku nanti lebih berjaya daripada apa yang aku nikmati sekarang...insyallah..

Aku Sekarang

Alhamdulillah...sekarang ni aku berada di IAB melanjutkan pelajaran. Mula-mula sampai sini...hulamak...sejuknye...selama ini aku dengar saja IAB. Dan sekarang aku sendiri berada di sini. Tak pernah termimpi pun sebelum ini.
Aku ke sini belajar tentang pengurusan dalam pendidikan. Cikgulah tu...Jadualnya...padat mak oi.. dari pagi sampai petang. Seronok juga belajar di tempat orang ni...tapi...bila nak exam tu...kadang-kadang tension jugak...maklumlah "orang lama".
Apabila malam-malam...selalu ingat anak bini...apa anak aku buat sekarang..? Kalau hari Jumaat tu...aku selalu berpegangan tangan dengan anak lelaki aku tu pergi ke masjid di kampung untuk sembahyang jumaat. Sekarang dia pergi sorang-soarang pulak...kesian dia...sabarlah nak ye...tahniah daripada bapak kerana engkau dapat Anugerah Pelajar Contoh di sekolah seperti kakakmu jugak.
Tentang anak pompuan aku yang tua sekali tu...tahniah bapak ucapkan diatas kejayaan cemerlang 5A dalam UPSR yang baru lalu. Masa bapak balik kampung Raya Haji nanti bapak ada bawak hadiah. Pastinya kamu semua gembira bapak balik walaupun untuk empat hari saja di kampung.
Lebih kurang tiga minggu lagi exam. Kerja kursus tu semuanya ok. Ramai kawan yang tolong dan senang sekali dibawa berbincang. Semoga pengajian ini sampai ke titik akhirnya.