06 April, 2010

Peranan Pengetua Sekolah Dalam Memimpin Penggunaan ICT Di Sekolah

Tidak dinafikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu  pengetua dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.   Pengetua sekolah  tidak dapat mengelak daripada membuat keputusan pada setiap hari. Ia merupakan elemen penting dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Laudon dan Laudon  ( 1997 )  menyatakan  sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen  bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat  bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis. Justeru bagi membolehkan pengetua  memimpin penggunaan ICT untuk pengurusan dan pengajaran di sekolah, beberapa perkara perlulah diambilkira.
Peranan pengetua adalah amat penting dalam membudayakan ICT di sekolah. Selain memberi sokongan dalam bentuk kewangan, pengetua  juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Bagi tujuan ini, pengetua harus merangka dan menyediakan satu dokumen polisi bertulis. Polisi ini perlu untuk membantu merekabentuk dan mengurus program ICT agar guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Polisi ini perlu disemak walaupun setahun sekali untuk melihat perkembangan kemajuan dan kepakaran guru dalam menguasai ICT. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti,  polisi daripada Kementerian Pelajaran khususnya tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi.
Pengetua sekolah juga harus dapat memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT juga mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan  jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah dengan berkesan.
Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah digunapakai di bilik-bilik darjah. Makmal komputer telah disediabekalkan dengan peralatan komputer. Kewujudan computer di dalam bilik darjah  akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P malah meningkatkan lagi minat murid untuk menguasai bidang ICT.
Selain itu, perkembangan dan pembangunan staf dalam penggunaan ICT tidak harus diabaikan pengetua sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Guru-guru perlu dirancang dan bersedia untuk mengikuti mana-mana program atau kursus yang berkaitan dengan ICT. Lantas, pengetua sekolah hendaklah sentiasa mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT.  Program perkembangan staf amat penting untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan peralatan ICT seterusnya membantu pelajar-pelajarmenguasai ICT. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.
Pengetua perlu mengetahui dan menguasai kemahiran-kemahiran ICT yang terlibat dengan aspek pengurusan organisasi kerana tahap penguasaan pengetua sebagai pemimpin organisasi akan memberi impak yang besar kepada ahli organisasinya. Pengetua akan mampu untuk memperkatakan sesuatu kemahiran itu bersesuaian atau tidak, ataupun mampu memberi pandangan yang berkaitan dengan bidang ICT yang terlibat. Keadaan ini akan menjadikan pengetua lebih dihormati dan dilihat sebagai pakar dalam pengaplikasian ICT dalam pengurusan sekolah khususnya.

11 January, 2010

Pantun Bermukun 3

Maok melasik rumput kutebas
Untuk menanam bunga siantan
Kalolah kerin Sungei Saribas
Baruklah dapat melupak tuan

Gendang dipaluk sampei ke pagi
Bunyi benaung didalam ujan
Kita bejanji sehidup semati
Bageilah paku lekat dipapan

Menantu Aji urang Tembirat
Pandei bermadah bekata sopan
Siang malam kutunggu surat
Bageilah kemarau menantik ujan

Kainlah langsir jangan ditinjak
Kelak nanti warnanya luntur
Kasih di bibir sahaya sik endak
Sahaya mencarik kasih yang jujur

Urang Kapit pegi ke Belaga
Langsong terus ke Bandar Miri
Darilah kecik sampei ke besa
Kamek sik mudah memungkir janji

Uranglah Supak menjual sembilang
Sembilang dijual di pasar Bintulu
Gelombang di laut memaluk karang
Gelombang di hati memaluk rindu

Pulang berjual dari Bintulu
Berpayong tidak di tengah panas
Sahaya sik rela kasih yang palsu
Bageilah gelang bersadur emas

Kalolah tuan pegi ke Sematan
Belikan saya buah mengkudu
Kalolah tuan ibarata papan
Ambiklah saya menjadi paku

Kalolah tuan beli mengkudu
Belikan juak si daun bawang
Kalolah tuan menjadi pintu
Ambikkan saya menjadi alang





Pantun Kasih

Nasi lemak buah bidara
Bunga selasih saya lurutkan
 Buang emak buang saudara
Kerana kasih saya turutkan

Cenderawasih burung di awan
Terbang hinggap di atas kota
              Dinda ibarat emas tempawan
              Pantang kulupa sekelip mata

Buah berangan masaknya merah
Buah keranji dalam perahu
 Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapalah tahu

Batu bekah dalam perahu
Kucing kurus menggaru papan
  Kuasa Allah siapalah tahu
  Kurus bukan kerana tak  makan

Kucing kurus menggaru papan
Papan digaru sikayu mati
 Kurus bukan kerana tak makan
 Kurus kerana menahan hati

Papan digaru si kayu mati
Tutuh jenalu si bunga cina
              Kurus kerana menahan hati
              Makan tak lalu tidur tak lena

Tutuh jenalu si bunga cina
Bunga cina di taman larangan
 Makan tak lalu tidur tak lena
Asyik mengenang tuan rupawan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
              Kalau tuan mati dahulu
              Nantikan saya di pintu syurga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak  mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa si dahan pauh
       Hendak tidur tidurlah mata
       Jangan mengenang orang yang jauh

Apa guna berkain songket
Kalau tidak dengan sepatunya
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya

Tidak selasih berbunga tinggi
Harum mewangi di dalam taman
              Tidak sahaya datang ke mari
              Kerana asyik rindukan tuan

Anak cina memasang lukah
Lukah di pasang di tanjung jati
  Di dalam jiwa tidak berubah
 Sebagai rambut bersimpul mati

Bunga sirih di dalam puan
Mari di makan bersama ragi
   Hati kasih tidak tertahan
               Ingin kudakap sampai ke mati

Bunga sirih di dalam puan
Dipetik oleh Rajuna Tapa
  Hati kasih padamu tuan
 Lautan api sanggup kuduga

Raja terpilih  Rajuna Tapa
Memakan sirih di dalam puan
              Hati kasih tidak terkira
              Bagai pungguk rindukan bulan

Memakan sirih di dalam puan
Makan bersama ratu puteri
 Bagai pungguk rindukan bulan
 Itulah bernama rindu sejati

Puteri Bongsu turun ke bumi
Diiring oleh si kembang cina
              Hati rindu kasih bersemi
              Sering adinda di dalam jiwa

Puteri Bongsu tujuh saudara
Mandi bersama di kolam sakti
  Kasih rindu untukmu saja
 Akan kubawa sampai ke mati

Bunga kemboja di dalam taman
Marilah petik di waktu pagi
        Hatiku kasih milikmu tuan
       Hendaknya kau simpan di dalam hati

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
  Dua tiga boleh kucari
 Mana nak sama dinda seorang

Kalau padi katakan padi
Tidak aku tertampi-tampi
               Kalau sudi katakan sudi
               Tidak aku ternanti-nati

Kalau padi katakan pad
Mari dijemur di tengah laman
 Kalau sudi katakan sudi
             Agar saya tidak kempunan

Padi dijemur di tengah laman
Laman diikat si tali sabut
  Duduk termenung mengenang tuan
  Tuan di mata mulutku menyebut

Laman diikat si tali sabut
Tali sabut kukuhlah pasti
             Bukan sengaja saya menyebut
            Itulah petanda rindu berahi

Daun selasih jatuh melayang
Melayang jatuh di atas riba
     Merenung kasih mengintai sayang
     Mengharap cinta tak kunjung tiba


Mari memetik bunga melati
Di waktu pagi cerah cuacanya
Jauh di mata jauh di hati
Tanda kesetiaan beralih arah

Burung merpati di atas bum,bung
Patah kaki terpijak duri
               Putus benang dapat disambung
               Putus kasih membawa diri


Waktu petang cuacanya redup
Duduk bersembang di atas titi
             Usah dikesal suratan hidup
            Kuatkan semangat tabahkan hati


Mari diikat batang jerami
Menyapu lantai supaya bersih
Bila cinta sudah bersemi
Rindu menghijau merimbun kasih

Parang tumpul mari diasah
Mengasah parang janganlah jemu
Sehari tak jumpa rasa gelisah
Mengapa membisu bila bertemu

Memancing ikan memakai topi
Dapat seekor ikan haruan
                Tidur malam berteman mimpi
                Kenangan lalu jadi igauan

Dalam kelopak ternampak baying
Tempat bermain si anak ikan
             Terpaut kasih terpahat sayang
Mahligai cinta kita dirikan

Kalau menyapu si air mata
Sapulah dengan si kain baldu
 Hati rindu tidak terkira
             Rindukan adik sepanjang waktu

Mari memetik bunga seroja
Bunga seroja kembangnya pagi
            Walau adik jauh di mata
            Jauh di mata sentiasa di hati

Terang bulan disangka siang
Buaya timbul disangka mati
        Mengenang tuan kekasih orang
       Saya menumpang menghiburkan hati


Banyak-banyak ikan di laut
Obor-obor tidak bertulang
        Banyak-banyak malaikat maut
       Di dalam kubur tak dapat pulang

Sayang Sarawak sungainya sempit
Buah lengas limbang-limbangan
Hendak kubawa perahu kusempit
        Tinggal emas tinggallah junjungan


Dahulu azan sekarang qamat
Imam takbir angkat sembahyang
      Gilang-gemiang cahaya  Muhamad          
Laksana bulan dipagar bintang


Tanam pinang rapat-rapat
Tempat punai puyuh berlari
        Kupinang-pinang tidaklah dapat
       Kupujuk-pujuk kubawa lari


Puas sudah kutanam padi
Nanas juga ditanam orang
Puas sudah aku berbudi
Emas juga dipandang orang




Okeylah......kelak bersambung agik....


International Congress for School Effectiveness & Improvement Kuala Lumpur 2010

Sekali-sekala bergaya apa salahnya....


Bersama Dr. Sailesh Sharma


Memenuhi tuntutan perut...
(Dari kiri : Fadzil, Roslan, Aboi, Adnan, Badrol)


Senyum ICSEI 1Malaysia
(Dari kiri: Hj.Husaidi, Dr.Chua, Aboi, Dr.Sathiamoorthy, Md.Saat)


Ketawa boleh...jangan tersembur air liur...dah lah...
(Dari kanan: Aboi, Prof. Dato' Dr.Hussein, Fadzil, Ismail, Hailan)

Kejohanan Juara-Juara Bowling T21B Villa Putra 0910

Peserta-peserta dengan semangat tersendiri...
(Dari kiri : Zarapi, Idris, Abd.Salam, Wan Yusuf, Ismail, Aboi, Hj.Husaidi)
Tiada Dalam Gambar : Tafri -sedang beraksi, Fadzil - jurukamera



Tunggu giliran....senang hati jatuhan pin dah banyak tu....



Gaya Naib Juara


Juara Individu....

Hujung Tahun 2009

Ada potensi jadi usahawan baru...



Bujang Lapok ....?


Endak nyigo encerik nak nyaman...


Pertandingan embasuh tapak mangkok....
(Tiga Dara Pingitan )


Keluarga Kamek 2009-2010

16 November, 2009

Pantun Bermukun Ke 2

Awang Menggala puteri impian

Duduk berpepek santun berbudi

Datanglah semua kita pengilan

Mupuklah bertandak kita berami

Jikalolah roboh Kota Maghereta

Sungeilah Roban saya tarahkan

Jikalolah sungguh kitak berkata

Nyawa dan badan saya serahkan

Kapal tujuh nuju ke Belaga

Dayong tersangkut di dahan male

Rasalah lileh si aie mata

Ngenanglah maksud endak tercape

Moro Saribas Ujeh belaya

Patah kemudi di kampung Kedup

Hutang emas boleh kubaya

Hutang budi seumur idup

Ari senin Kucheng belombak

Urang Tembirat mati bekayoh

Berani jamin berani ngembak

Dalam surat mengata sunggoh

Berapo jauh ke kampong Debak

Tanahnya rata ditanam cekur

Berapo jauh agik kuagak

Berpandang mata seribu sukor

BuahlHuruf condongah jerin di dalam tapak

Ditaroh urang di atas peti

Seandainya kerin Sungei Sarawak

Baruklah abang memungkir janji

Perauk kotak ilir betiang

Belaboh di laut seari-ari

Tembaklah rusak matinyo kijang

Apa kenak pelandok mati

Pulo Burong dibelit laut

Tempat urang ngail tenggiri

Diangin lalu pesan betaut

Rindu kutanggong seorang dirik

Urang Sejaei mencari udang

Ncarik udang di tanjong sepaoh

Abang beraie tanda nyo sayang

Sayang dengan bini yang jaoh

Burung mepati si burung acang

Bebulu puteh nampak beseri

Bini jaoh agik ku kenang

Kenang kusampei ke alam mimpi

Malam minggu kita begendang

Betandak dengan si apak aji

Salam rindu tandanya sayang

Adakah rindu sampe ke mati

Anak udang berekot-rekot

Dikepong oleh si anak nyulong

Setiaplah ari bini besungut

Adakah dia sedang mengandong

Api-api di kampung Kupang

Dipadam oleh anak pengulu

Apa kenak malu dipandang

Ati kusedih betambah pilu

Anak kerak pandei menyumpit

Batang sumpit duaklah depak

Apa kenak ati tekait

Menangga burit besalah gilak

Gendang bebunyi tandak diator

Tesusunlah bunyi pantun mak gendang

Beratlah ati maok ditutor

Sanggupkah tuan ngekot kupulang

Baruklah tadik aku menangga

Anak ketam mendekik asam

Rasalah kaseh pada adinda

Selalu kusebut siang dan malam

Bekeliplah kelip api sikunang

Lalulah terang di kampung hulu

Agikkah tuan agik mengenang

Mengenangkan kaseh kita dahulu

Walaupun jauh beribu batu

Akan kuagak urang begendang

Walaupun jaoh beribu batu

Adik tetap disayang abang

Urang menangkap anak geramak

Anak geramak di atas dahan

Bukan abang sengaja betandak

Tapi ngian sik apat ditahan

Anak Molo nganso durian

Durian dibalut kain suwaso

Rasa ati sik apat tahan

Bini dicium depan mentuo

Alang manis buah rambutan

Alam sepompong masak sebijik

Alang manis issemu tuan

Alam sekampong payah kucarik

Anak cicak bebadan duak

Kakinya cacat bepalak lasuk

Rindok ati rasa betandak

Anak menangis aku sik tauk

Kempang ati tuan puteri

Menuduh aku bujang telajak

Memang manis si buah ati

Tapi sayang sik pandei masak

Dari Sepaoh pergi ke Debak

Ngembak buntai singgah di Betong

Urang madah aku tuk ngumbak

Ngembak bejalan bini mengandong

Bejalan jauh kaki kupenat

Mauk dipaluk sik ada kayu

Gerek lamak jangan diingat

Kelak idup rasa sik tentu

Aie sejuk kutanak-tanak

Ditiup barak lalu mennyalak

Abang pegi bukan nya lamak

Esok lusak ku balit juak

Buah embatuk dijual urang

Dijual urang di pasar satok

Isok lusak abang tuk pulang

Rindu ati rasa dicucok

Anak lokan bemain api

Bemain api denganlah aie

Rindu ati ngenanglah bini

Tangan nak megang tapi sik sampey

Pulo Kuncit banyak sejarah

Tempat raja mengipak ratu

Walo kita ditarah-tarah

Kaseh kita tetap besatu

Okeylah....kelak kito bemukun agik....

07 November, 2009

Alahai...Musim Peperiksaan + Kirat Nak Pulang = Samo Penting

Pereso dah setat seminggu yang lepas. Payah nang nye payah juak tapi apat juak dipupok. Soalan-soalan setakat tuk nang power juaklah. Sigey paper jawab tigo jam. Setakat tuk baruk dua paper dah beres. Tinggai gik empat paper nak dijawab. Arap paper yang akan atang tuk kelak okey gik lah....
Dalam gago-gago ulangkaji nak pereso tuk....ati kirat na mekey nak pulang. Samo penting ney. Pelajaran penting. Bini anak pun penting. Pelajaran penting untuk maso depan. Bini anak pendorng utama aku. Dengar brito dari yak , neng beraie na di rumah. Selalu ajak encium gambar apak nye. Sabar jak neng...minak beberapo ari gik apak pulang....main jak ngan abang ujang duak kakak ida.

Neng...dengan gaya tersendirinya

Pasai nak pulang tuk....senang na raso ati. Barang-barang keperluan anak bini, mak apak, mak mentuo dah ado pakey mbak pulang...ndak nyaman juak nangga sidak nyo terlungap-lungap nerima aku atang kelak...ado juak raso kesian nangga muko sidaknyo yo. Tapi betoi ngan time tuk wak...banyak sale di KL maso tuk....Nak neng nang sik nak lain...jenama Mickey Mouse ajak. Merayo gilak nyo tuk. Abang Ujang ngan Kak Ida nye...simple ajak...asai ado...Nak Yak nang ado nak special mpun...ni woleh padah....