23 July, 2009

Pengurusan Kelas Yang Efektif

1.0 Pengenalan.

Mengikut Kamus Dewan (2005) pengurusan bermakna mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar ia lebih teratur. Dalam kontek pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Justeru, keadaan fizikal bilik darjah seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran. Ia turut merangkumi susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya.

Dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum, terdapat jurang perbezaan diantara perancangan kurikulum dengan realiti yang terdapat dalam bilik darjah (kementerian Pendidikan Malaysia : Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 1998:12 ). Jurang ini meliputi kandungan kurikulum, penilaian dan peperiksaan, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan-bahan kurikulum dan pengurusan kurikulum.

Situasi ini ada hubungkaitnya dengan pengurusan bilik darjah. Menurut Hj. Samsudin Mohd. Nor, pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

Bagi Hj. Samsudin Mohd.Nor, pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Dalam hal ini kita melihat pengurusan kelas adalah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal kelas yang merangkumi galakan komunikasi, interaksi antara murid, penyusunan kerusi meja serta penjaminan cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Ee Ah Meng : 1997). Ini penting sebagai faktor penggalak kepada pembangunan kelas. Dengan kata lain, aspek fizikal kelas perlu menekankan aspek-asoek keselamatan, kebersihan, keselesaan, keindahan, susun atur meja, penyediaan fail murid dan penyediaan bahan bantu mengajar guru untuk kemudahan murid. Justeru, sesebuah kelas yang diurus baik dari segi fizikalnya perlulah ceria, murid rasa seronok menghadiri kelas, gejala ponteng dapat dikurangkan dan kelas menarik dan kondusif.

2.0 Objektif

Antara objektif penambahbaikan ini adalah seperti berikut ;

2.1 Meningkatkan motivasi kendiri pelajar-pelajar agar lebih berkeyakinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2.2 Mewujudkan suasana kelas yang ceria, kondusif dan selamat bagi pelajar.

2.3 Menjadikan kelas sebagai rumah kedua pelajar dan guru, selaras dengan slogan sekolahku syurgaku.

3.0 Pengisian Penambahbaikan.

Bagi tujuan pengisian penambahbaikan program ini, beberapa perkara perlu difikirkan dan seterusnya dilaksanakan. Perkara-perkara atau langkah-langkah tersebut adalah dicadangkan seperti berikut ;

3.1 Berbincang dengan semua Guru Tingkatan tentang program yang akan dilaksanakan. Ini akan memberi peluang kepada setiap guru yang terlibat agar bersedia dengan apa-apa perkembangan semasa berkaitan dengan penambahbaikan kelas dan sekolah amnya.

3.2 Merangka kerja-kerja panambahbaikan pengurusan kelas sesuai dengan keperluan kelas. Dalam hal ini pengetua harus bijak, kreatif dan berhati-hati memanipulasikan bahan-bahan yang sedia ada di sekolah ataupun mencari sumber kewangan untuk penambahbaikan setiap aspek yang ada kekurangan itu.

3.3 Memantau keberkesanan program dan mempastikan ia adalah selari dengan matlamat dan visi sekolah. Apabila program selari dengan matlamat dan visi sekolah, ini akan menghala kepada sekolah yang efektif dan kecemerlangan untuk semua warga sekolah. Ini sesuai dengan pendapat Abdul Ghani Abdullah dan rakan-rakan (2008:216) bahawa pemimpin perlu mencari pengikut baru dalam usaha mengimplementasikan idea mereka.

4.0 Pelaksanaan.

Bagi tujuan penambahbaikan kelas ini banyak perkara yang perlu difikirkan

sebelum melaksanakannya. Berikut adalah beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk program penambahbaikan ini.

4.1 Mesyuarat

Sebagai permulaannya, satu mesyuarat kecil perlu diadakan di peringkat pengurusan sekolah. Ia melibatkan semua guru penolong kanan dan ketua bidang. Dalam mesyuarat kecil ini, perlu dijelaskan kepada setiap ahli akan objektif, kumpulan sasaran, keperluan dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan program penambahbaikan ini.

Tujuan mesyuarat di peringkat pengurusan ini diadakan adalah untuk mendengar pendapat-pendapat setiap ahli dalam jawatankuasa pengurusan sekolah agar hala tuju dan objektif asal dapat dimurnikan lagi.

Selepas mesyuarat di peringkat pengurusan dijalankan, barulah mesyuarat yang melibatkan semua guru tingkatan diadakan. Dalam mesyuarat ini perlu dijelaskan objektif program sebagai objektif sepanjang tahun, maklumat-maklumat yang diperlukan untuk disenaraisemak keperluan yang perlu untuk penambahanbaikan, sumber keperluan dan tanggungjawab setiap guru kelas dan pelajar sekolah terutamanya dalam menjaga keselamatan dan menceriakan kelas masing-masing.

Program ini sebaiknya dimaklumkan kepada semua warga sekolah agar mereka akan ada satu rasa sepunya dan sayangkan kepada sekolah sebagai sebuah institusi. Malah ia juga patut disebarluaskan kepada komuniti setempat sebagai usaha menarik minat ibu bapa untuk terlibat sama dalam menjayakan visi dan misi sekolah.

4.2. Menyemak, mencari maklumat tambahan dan mengemaskinikan fail murid.

Sebagai pengetua sekolah, saya akan mengarahkan kepada setiap guru kelas agar menyemak semua fail pelajar dan mengemaskinikannya untuk rekod semasa pelajar. Selain itu, maklumat-maklumat tambahan perlu direkodkan untuk memudahkan dalam apa sahaja urusan pihak sekolah terhadap pelajar berkenaan atau sebaliknya.

4.3 Memantau dan mencatat kekurangan peralatan di dalam kelas.

Pengetua semestinya memantau apa-apa sahaja permasalahan dan kekurangan yang ada dalam setiap kelas untuk diambil tindakan. Selain itu, pengetua juga boleh memohon bantuan dan kerjasama daripada setiap guru kelas untuk menyenaraikan apa sahaja masalah dan kekurangan yang ada untuk penambahbaikan. Mengikut Ayop Jantan (2005:124) menjadi komitmen dan tanggungjawab kepimpinan sekolah memastikan tidak ada bentuk peralatan dan kemudahan yang boleh mendatangkan bahaya ataupun yang dapat digunakan secara bahaya oleh pelajar. Ini termasuk susun atur meja, pasu-pasu bunga, cermin tingkap, papan kenyataan, pokok-pokok bunga yang ditanam sebagai landskap, jeriji pintu dan sebagainya.

4.4 Menceriakan dan menghias kelas.

Pengetua perlu meminta kerjasama setiap guru kelas untuk menceria dan menghiaskan kelas. Jelaskan kepada mereka tentang objektif dan matlamat menceria dan menghiaskan kelas supaya ia tidak tersasar dari objektif sebenar.

Dalam hal ini, sebaiknya guru kelas perlu kreatif dan mendapat kerjasama daripada setiap pelajar bagaimana untuk menceria dan menghiaskan kelas mereka. Malah ia perlu dapat menarik perhatian sepanjang masa.

Untuk menarik perhatian dan semangat semua pelajar, pengetua boleh memutuskan untuk mengadakan pertandingan keceriaan dan kebersihan antara kelas pada setiap bulan sebagai mempastikan tangungjawab setiap guru kelas dan pelajar sentiasa berfungsi sepanjang masa.

4.5 Pemerhatian dan Penyeliaan

Pemerhatian yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan pemerhatian untuk setiap bilik darjah. Menurut Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Foo Say Fooi (2003:131) pemerhatian di bilik darjah merupakan prosedur yang paling praktis untuk mengumpul data berkaitan dengan perlakuan guru di bilik darjah. Manakala Hallinger (2003:250) mengatakan para pengetua di sekolah berkesan kerap menyelia pengajaran di dalam bilik darjah dalam peranan mereka sebagai penyelia...Mereka bekerjasama dengan para guru untuk mempastikan agar objektif bilik darjah selaras dengan matlamat sekolah.

Malah James Ang Jit Eng, Balasandran Ramiah (2009:202) mengatakan perkara di atas bersesuaian dengan `Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987: Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua dan Guru Besar (Lampiran 5.1) menegaskan penyeliaan yang dimaksudkan meliputi bidang berkaitan organisasi dan pengurusan yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

5.0 Penutup

Kemahiran seseorang guru dalam pengurusan kelas adalah sangat penting. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih berkeyakinan. Menurut Ee Ah Meng (1994), pakar-pakar pendidikan telah menjalankan berbagai-bagai penyelidikan dan telah merumuskan bahawa suasana fizikal yang baik akan menjamin kelicinan dan keberkesanan pengajaran-pembelajaran. Antara faktor-faktor fizikal bilik darjah yang dimaksudkan dan perlu diberi perhatian adalah seperti saiz bilik darjah, hiasan, warna dinding, kelengkapan almari buku dan fail murid, sudut-sudut mata pelajaran, langsir tingkap, pencahayaan dan pengudaraan.

Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, perhubungan guru dengan murid dan sesama murid di dalam kelas malah mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Ini sangat sesuai sepertimana menurut Marland (1975), suasana fizikal di dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran.

Kerjasama sesama murid untuk menjaga keselamatan harta benda, kebersihan dan keceriaan di dalam kelas sangat penting. Ia akan mewujudkan semangat kebertanggungjawaban seseorang murid terhadap harta milik bersama malah milik kerajaan sekaligus. Sikap ini perlu disemai dalam diri seseorang murid bagi melahirkan seorang murid ideal.

Pengurusan sesebuah kelas merupakan satu aspek yang tidak boleh dipandang ringan. Pihak Pengurusan Sekolah, guru dan murid harus bersama-sama dapat memainkan peranan masing-masing. Pengurusan kelas yang efisien dan bersistematik pastinya menjurus kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah diri semua pengguna kelas berkenaan.

17 July, 2009

Sebutir Pasir Di Padang Pasir

Bersama Prof.Dr. Anthony Townsend dari University of Glasgow.
(Lecturer for School Effectiveness and Improvement : Theory & Research)

Dalam bulik kuliah -masa take 5


Daftar subjek...
(Mr.Jack senyum ajak di belakang, Mr.Adn serius ajak disebelah i,
Mr.Badr gago ngisik subjek nyo empun...)



Di lobi pendaftaran subjek.
Yang di kanan tu Mr. Salm (from Jordan). Yang di kiri tu Mr.Maiel (Poland)


Syukur alhamdulillah...
Dah tigo minggu aku di situk. Semonye bejalan lancar. Pasal kelas agak mencabar....ukan rupo first degree dolok....cekgu nang power....ni ndak...sapo ndak embalang...semo sidak yo nang urang dah benamo besa. Contohnye Prof.Dr. Cha..., Prof.Dr.Datin R..., Dr.Tie..., Datuk Prof.Dr.H..., Dr. Sharma(dr India), Prof. Dr. Tony Townsend (Uni.Glasgow), Dr. Chua... dan banyak agik....
Sik perenah termimpi aku jadi pelajar UM. Bagi aku...UM adalah namo yang paling Gah.....!! So, pongah juak raso ati enjadi embiak sekolah UM tuk.
Dalam kelas..60% kelaka urang puteh. Biru mato itamku. Gasaq ajak mano nak ado sio. Koti nyo tauk endak tauk yo ukan cerito aku...yang pasti aku apat kelakar urang puteh....tunggang tebalit...tuhan ajak tauk...kadang-kadang aku empun senyum ngenang bigik kelaka nak keluar yo...embesus-embesus ajak bunyi nye...hiiihhhhh...hiiihhhhh......
Okeylah.kelak kelaka agik.Besaq tuk....




28 June, 2009

Teruskan Perjuangan

24 jun, aku meninggalkan kampung halamanku Spaoh....tinggalkan anak bini kerana memenuhi harapan anak bini serta kedua orang tuo. Sari yo aku pergi jam 0730 bertolak ke kuceng. Mak Yak numpang aku.
Piluq rasa ati ninggal anak bini. Neng nangis nangga apaknya pegi. Sik Nak...apak pegi sik lamak. Apak sekolah setaun ajak. Raya tuk apak pulang....
Dalam perjalanan pegi ya...ujan turun renyei-renyei mulai simpang simanggang. Jalan punya jalan dekat simpang babi aku amper nak terbabas. Dua buah hilux berderet terbalit masuk gaung mabuq. Aku nak berenti tapi flight sik lamak gik nak berangkat. Jadi aku singgah kat balai Polis Balai Ringin madah berita yo tek. Lepas yo aku terus mecut minyak pegi ke airport.
Di airport aku terus pegi ke kaunter pendaftaran masuk. Jumpa kawan sekelas Cikgu Abd Salam dari SMK Bako.
Sampey kat LCCT jam 5 petang. Perut lapar dan kamek duak makan di airport lcct.
Malam yo kamerk duak terus pegi ke hotel di Jln TAR. Bermalam di sio lah.
26 Jun kamek pegi ke Putrajaya. Konon tek nak betemu ngan TPM. Ada kawan dari kelantan yo Cikgu Mohd Nor merayu nak masuk IPK juak. Sedih nye kawan kito yo sik apat masuk sebab umur nyo dah 46 tahun. Kesian ngan nye.
Petang 26 yo kamek mendengar taklimat di IPK/UM. Hihhhh...nang hebat juak kawasan tuk. Taklimat disampeikan oleh pengarah IPK /UM. Kamek diperkenalkan dengan pensyarah-pensyarah lain. Jumlah kumpulan kamek tuk seramai 50 orang (master) + 8 orang (phd).
Okeylah...kelak aku cerito agik.Malam gik akmek duak Cikgu Salam akan berpindah ke rumah sewa kamek yang sebenarnya. Dua malam tuk kamek menumpang di rumah Cikgu Hj. Ghani (member sekelas di IPK / UM).

06 June, 2009

Sejarah Yang Bakal Hilang ?

Pasar Spaoh sejak mula didirikan sehinggalah sekarang.
Bilakah akan berubah ?

Quarters di 'Kubu' macam Quran Buruk !
Hidup Segan Mati Tak Mahu
Perlukah dirobohkan oleh masa atau dimajukan
sebagai bahan sejarah kemudian hari ?
Berpotensi jadi sarang maksiat atau tempat hidu gam !!!


Bekas quarters kakitangan klinik spaoh.
Terbiar seperti sampah di tepi jalan. Jika
dimajukan ia boleh dijadikan bahan sejarah.
Jika dibiarkan ia sangat berpotensi untuk dijadikan
sarang maksiat atau tempat menghidu gam !!!



Malam Harijadi Ujang Ke 10 Tahun

Nyaman nye...

Temuai ....baruk atang tek..air pasang malam..



Cu Ijah..ketuo idang....



indok na ati sidak nye....




23 May, 2009

Pantun Bermukun

Di bah tuk disediokan beberapo igey pantun Melayu Sarawak. Pantun tuk boleh kito pakey untuk bermukun mun ado kesudian. Pantun dipolah maso agik benong nganso bahan pakey molah tugasan maso besekolah giyo.Skali skala bemukun ilang juak raso boring...mun sapo adik kakak kito nak mintak pantun tambahan...aku agik banyak simpanan...konteq ajak...


Angkut-angkut terebang ke langit

Datang ke langit bersalin kain

Biar bertangkup bumi ngan langit

Abang tidak encarik yang lain

Hari senin urang belombak

Urang Tembirat mati berkayoh

Berani jamin berani ngembak

Dalam surat bermadah sunggoh

Kapal nakhoda bertiang tiga

Tengah-tengah batang penyapu

Tiga-tiga si anak dara

Berbaju mirah pilihan aku

Nyiur gading pucuk mahligai

Anyam ketupat berisik inti

Ancur daging tulang bercerai

Belum apat belum berenti

Apa dijeruk buah belimbin

Kurang masin ditambah garam

Apa dijengok di luar dindin

Kalolah sudi masok ke dalam

Nang manis si buah manggis

Emak dayang mengembak kapak

Dalam makan adik menangis

Ngenang abang di dalam tapak

Mun gugor gugorlah nangka

Jangan menimpak di batang paoh

Mun tidur tidorlah mata

Jangan ngenang urang yang jaoh

Apa guna berlesong paoh

Berlesong paoh menumpah padi

Apa guna berkaseh jaoh

Berkaseh jaoh menyusah ati

Alang-alang mandik di seberang

Bait keroncong diberik tali

Alang-alang didengar urang

Bait dilangsong nikah sekali

Buah paoh delima batu

Anak sembilang di tapak tangan

Abang jaoh di negeri Satu

Hilang di mata di hati jangan

Sayang selasih jangan kau tinggi

Jika kau tinggi berdaun jangan

Aduhai kaseh jangan kau peregi

Jika kau peregi bertahun jangan

Tanjong Apong Tanjong Beliung

Tiga dengan Tanjong Perepat

Sedih hati rindu ditanggong

Suka kamek nerimak surat

Bijiklah biru batu berlian

Jatuh ke batang pohon mentemu

Kalolah rindu pandanglah bulan

Di dalam bulan kita bertemu

Jika tidak kerana bulan

Di mana bintang di hambur pagi

Jikalah tidak kerana tuan

Di manalah sahaya datang ke sini

Jikalah tuan pergi Serian

Sahaya berkirim membeli kunyit

Kalolah tuan menjadi bulan

Sahaya menjadi bintang di langit

Sayang Labuan pulo di laut

Khabar berita pulo yang tumboh

Salam tuan sahaya menyahut

Salam sahaya simpanlah teguh

Batulah Kinyang jauh di darat

Jalan kereta setengah hari

Makinlah dikenang makin ngelorat

Sudahlah ngelorat tambah beraei

Buah asam si asam payak

Ndaknya apat dijeruk agik

Ati sahaya terlalu rusak

Ndaklah apat dipujuk agik

Sudah padi padiku juak

Padilah sik berubah agik

Udahlah ati atiku juak

Atiku ndak sik berubah agik

Terbang burong terebanglah tiong

Terebanglah kitak melintas gunong

Endong-endong sayang ku endong

Janganlah begusa berhati bingong

Pulo Burong jauhlah di laut

Tempat menanam bunga seroja

Hati murung sedih bersalut

Bersalut dengan si air mata

Tempat menanam bunga seroja

Bunga seroja darilah puteri

Bersalut dengan si air mata

Kasih kubawak sampai ke mati

Bunga seroja darilah puteri

Disiram oleh dayang setia

Kasih kubawak sampai ke mati

Untuk kuhias di pintu sorga

Dandang Setia pergi ke Perepat

Membawa madu bercampur gula

Sayang adinda kusampai hajat

Hajat bercampur niat mulia

Membawa madu bercampur gula

Lalu dibeli anak Cik Ali

Jiwa rindu mengenang dinda

Selalu mengenang bawak ke mimpi

Orang Sepaoh menanam kacang

Lalu dipetik anaklah raja

Abang jauh jangan dibimbang

Rindu kasih untukmu juga

Pulo Kuncit pulo sejarah

Asal mula turunnya raja

Walo sakit hati ditarah

Kasih sahaya tidak merana

Anak dewa menunuk lemang

Lemang ditunuk di malam raya

Air mata selalu berlenang

Mengenang abang jauh di mata

Abang berdagang dagang berkayuh

Dagang berkayuh daun penyapu

Abang datang darilah jauh

Mintak sambut di muka pintu

Anak apek berjual minyak

Minyak dijual dengan berangan

Hati ku heran lalu bertanyak

Kenak manok sik ada tangan

Waktunya subuh abang peregi

Peregi abang peregi berdagang

Jauh-jauh abang beraie

Rasa sik tahan maoklah pulang

Haji Suboh menanam kuini

Kuini ditanam dengan keledek

Dari jauh mengenang bini

Rasa mengenang zaman bergerek

Kaki tersepak daun berdurik

Daun berdurik rotanlah saga

Rasa jerak sik maok agik

Hiduplah jauh dengan adinda

Anaklah Dollah mengupak payak

Payak dikupak di waktu pagi

Tidaklah maok kali keduak

Meninggal pergi anak dan bini

Cukup sekali kutebar sauh

Sauh kutebar di dalam ombak

Cukup sekali kita berjauh

Jangan diulang kali keduak

Kalolah mati si anak kelik

Matilah jangan di tanah payak

Kalolah peregi sekali agik

Bini dan anak kubawak juak

Matilah jangan di tanah payak

Di tanah payak nisik berudang

Bini dan anak kubawak juak

Kerana ikatan kasih dan sayang

.......mun agik maok, konteq ajak....lain masa bermukun agik, Aku benong sebok juak tuk....tapi budayo kito jangan dibuang....