28 September, 2011

AYAT TUNGGAL.


Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.

SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL.
(a)        Frasa nama sebagai subjek.
i.                      Tan Kong Joo pelajar sekolah.
ii.                     Buah itu masam.
iii.                    Ibunya sakit.
iv.                   Motosikalnya telah rosak.
v.                    Balai raya ini untuk orang ramai.

(b)        Kata ganti nama diri sebagai subjek.
i.                      Dia anak bongsu.
ii.                     Beliau guru saya.
iii.                    Dia adik Ragunathan.
iv.                   *Itu Bank Rakyat.
v.                    *Ini stesen bas.
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk.

(c)         Kata kerja sebagai subjek.
i.                      Membaca buku ialah hobinya.
ii.                     Bersenam dapat menyihatkan badan.
iii.                    Menyanyi ialah kerjayanya.
iv.                   Mencuri perbuatan yang salah.
v.                    Minum air boleh menghilangkan dahaga.

(d)        Kata adjektif sebagai subjek.
i.                      Cergas bermakna badan sihat.
ii.                     Hijau warna kesukaannya.
iii.                    Harum bau bunga melur itu.
iv.                   Tamak ialah amalan yang keji.

PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.
(a)        Frasa nama sebagai predikat
i.                      Encik Zulkifli pegawai polis.
ii.                     Kakaknya doktor mata.
iii.                    Bangunan itu kediamannya.
iv.                   Bilik itu stor barang.

(b)        Frasa kerja sebagai predikat
i.                      Dia makan mi goreng.
ii.                     Anjing itu menyalak musuh.
iii.                    Mereka tidur.
iv.                   Adiknya menangis.

(c)         Frasa adjektif sebagai predikat
i.                      Keropok ini sangat rangup.
ii.                     Rumah itu sangat besar.
iii.                    Abangnya sangat bijak.
iv.                   Budak itu baik sungguh.

(d)        Frasa sendi nama sebagai predikat.
i.                      Buku ini untuk adik.
ii.                     Ayah ke Kuala Lumpur.
iii.                    Beliau dari Universiti Sains Malaysia.
iv.                   Wajahnya seperti bintang terkenal itu.

24 September, 2011

Puisi Tradisional (Pantun Lapan Kerat)




Tema
Keagamaan

Persoalan
1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)

Bentuk
1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang (3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan (4 perkataan– rangkap 1)
Contoh : Di tepi halaman menanam kubis (5 perkataan–rangkap 1)
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa
1. Unsur bunyi
Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

2. Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

3. Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

4. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi

Nilai
1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita.
3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.

Pengajaran
1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.



Puisi Tradisional (Pantun Enam Kerat)




Tema
Kekecewaan dalam hidup.

Persoalan
1. Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1)
2. Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2)
3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)

Bentuk
1. Mempunyai 3 rangkap 
2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap
3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan–rangkap 3)
4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
5. Rima abcabc
6. Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa
1. Unsur bunyi
Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’
Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’

2. Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)

3. Sinkope
Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)

4. Repitisi
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)

5. Unsur alam
Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama
Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh, 

Nilai
1. Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir. 
2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.

Pengajaran
1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.
2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.
3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.



Puisi Tradisional Gurindam Tonggak Dua Belas



Tema
Nilai-nilai murni dalam kehidupan
Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.

Persoalan
1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1)
2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)
3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7)
4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)
5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)

Bentuk

1. Mempunyai 12 rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya : Hendak pandai menghargai masa
Jangan dinanti esok lusa
3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif:
4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata
Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa – 9 sukukata sebaris
Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an – 14 sukukata sebaris 
5. Rima akhir aa
Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif



Gaya Bahasa
1. Simpulan bahasa – baik hati (rangkap 6 baris 1)
2. Unsur Bunyi
Asonansi – pengulangan vokal a 
Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1)
Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1)

3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan n
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2)


Nilai
1. Nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja.
2. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab. 
3. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam kehidupan.:
4. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran menghadapi cabaran. 

Pengajaran
1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana
2. Kita hendaklah menghargai masa
3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik
4. Kita janganlah suka membazir.
5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan


Prosa Tradisonal (Hikayat Siak)



Tema 
Pengembaraan anak raja.
- Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.

Persoalan
1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan.

2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Yang Dipertuan Raja Kecik. 
• Keturunan Raja Johor
• Nama asalnya Tuan Bujang.
• Berkahwin dengan Tengku Kamariah 
• Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
• Berani
Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.
• Gigih
Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.

LATAR

Latar Masyarakat

1. Golongan masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

2. Golongan masyarakat istana.
Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana .

Latar Masa

1. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan pemerintahan Raja Siak.

Latar Tempat

1. Rawas
Contoh:
Tempat Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching.

2. Siak
Contoh:
Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk.

3. Johor
Contoh:
Yang dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Gaya bahasa

1. Penggunaan bahasa Arab
Contoh: Allah Ta’ala, 

2. Penggunaan bahasa istana
Contoh: Patik, baginda,hulubalang, titah

3. Penggunaan kata ganda
Contoh: Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing

NILAI

1. Nilai kegigihan
Contoh:
Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.

2. Nilai keberanian
Contoh:
Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.


3. Nilai ketaatan
Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja 
Kecik setelah mengetahuai baginda ialah keturunan raja.


PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
2.Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal.
3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.


Prosa Tradisional Hikayat Langlang Buana



Tema
Percintaan anak raja
Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.

Persoalan

1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk Menentang Hulubalang Raja Bahrum .
2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

WATAK  & PERWATAKAN
Raja Indera Bumaya 
-Anak raja dari Negeri Lela Gambar
-Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
-Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih.
-Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
-Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya .
-Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi 
-
Puteri Raja Bahrum Dewa
-Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.
-Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir.
-Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan 
-Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati. 

Raja Bahrum Dewa 
-Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya.
-Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.
-Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.


Latar Masa
• Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.
• Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir

Latar Tempat
• Kolam tempat Tuan Puteri mandi 
• Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.
• Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya.

Latar Masyarakat
• Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 
• Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.
• Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya.


NILAI
Nilai keberanian Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.

Nilai Kasih sayang Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya.

Nilai bekerjasama Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.

Nilai kebijaksanaan Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Nilai ketaatan Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan 
rakyat Raja Bahrum Dewa

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri .
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya.
3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri.

PROSA DUA GELIGA HIKMAT



Tema:
Pengembaraan seorang perwira mencari seseorang atau sesuatu.

Persoalan:
·      •Keberanian menentang kuasa-kuasa luar biasa.
·      •Pengembaraan anak raja untuk mendapatkan pengalaman dan jodoh.
·      •Kebijaksanaan menyelesaikan masalah.
·      •Kekuatan dan kesaktian menewaskan jentera yang berupa haiwan atau makhluk selain manusia.
Watak & Perwatakan:
Watak Utama: Inderaputra
Perwatakan:
-Anak raja (berketurunan bangsawan)
-Anak kepada maharaja Bikrana Buspa dan Puteri Jamjam ratna Dewi.
–mengembara untuk mencari ilmu, bakal isteri
–seorang yang kacak
–pintar
–gagah perkasa
–mempunyai kesaktian

Watak Sampingan: -Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Perwatakan:
·      -berketurunan dewa-dewa
·      -Anak Maharaja Syah Tokan
·      -Tunang kepada kepada Raja Mengerna lela Dewa.
·      Puteri yang cantik jelita
·      suka bermain-main di taman
·      dijaga olkeh tujuh orang bidadari
·      memiliki gemala hikmat.



Peri
·      Raksasa di Tasik Semenda Jin
·      Berketurunan jin
·      Pemilik geliga Mayan Bedi
·      Mengakui Inderaputera sebagai cucunya
·      Sayang akan Inderaputera
Tujuh Orang Bidadari
  • -Cantik rupawan
  • -Taat setia
  • -patuh arahan
Latar
Latar Tempat
-Tasik Semenda Jin
-balai dalam Taman Rangga Puspa Berahi
-mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
Latar Masa
•Zaman pengaruh hindu
Latar Masyarakat
•Golongan bangsawan
•Masyarakat feudal
•Masyarakat jin
•Masyarakat alam kayangan

PLOT
Binaan Plot
-Plot dibina secara kronologi Pengenalan:
-Inderaputera berjumpa dengan peri di tasik Semenda Jin. Apabila telah diakui sebagai cucu kepada peri itu serta memperoleh geliga Mayan Bedi. Perkembangan: Inderaputera telah menyembunyikan pakaian Tuan Puteri Seri Ratna gemala Nehran. Inderaputera telah berjanji akan memulangkan pakaian tuan puteri dan dayang-dayangnya sekiranya dia diberikan geliga hikmat milik tuan puteri. Tuan puteri bersetuju dengan permintaan Inderaputera itu. Klimaks /
Puncak Cerita:
-cerita bermula apabila Inderaputera menghadapi pelbagai cabaran untuk masuk ke taman mahligai tuan puteri, sedangkan tuan putera dan bidadari telah ghaib. Inderaputera berjaya menewaskan semua binatang hikmat dan raksasa yang terdapat di mahligai tuan puteri. Inderaputera disambut dengan penuh kebesaran oleh bidadari dan tuan puteri. Peleraian Peleraian: Inderaputera diberikan gemala hikmat oleh tuan puteri selepas mereka makan bersama-sama di mahligai itu
TEKNIK PEMERIAN
•Teknik pemerian
•Teknik dialog
•Teknik Monolog
•Teknik monolog Dalaman
GAYA BAHASA
•Bahasa Melayu Klasik
•Bahasa istana
•Bahasa Arab
•Unsur Simile
•Hiperbola
•Pantun – 7 rangkap pantun 4 kerat
•Kata ganda
•Pengulangan

NILAI
•Bijaksana
•Berani
•Tolong-menolong
•Bersopan-santun

PENGAJARAN
•Kita hendaklah mengambil tindakan yang bijaksana untuk memperoleh kejayaan.
•Setiap cabaran dan dugaan perlu dihadapi dengan berani.
•Kita mestilah melayan tetamu yang datang dengan sopan.
•Kita hendaklah menepati janji dalam pergaulan seharian.