03 October, 2011


Drama : Gelanggang Tok Wali (Ting.4 )

Pemikiran / Tema
Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa.Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi  kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara
warisan hutan tersebut pada masa akan datang.

Persoalan:
1. Persoalan sikap hormat –menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat.
2. Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan. Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan.
3. Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat. Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya.
4. Persoalan perasaan dengki dan khianat.Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
5. Persoalan dendam yang berpanjangan. Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin dengan bekas tunangnya
6. Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat.Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah.

Plot:
Jenis Plot :
Bersifat kronologi  – peristiwa berkembang mengikut urutan waktu babak demi babak. Walau bagaimanapun terdapat unsur imbas kembali, contohnya sejarah keris yang diwarisi oleh Tok Wali.

Pembinaan Plot:
Terdapat empat peringkat binaan plot iaitu
(i) Permulaan : Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan watak-watak sampingan iaitu Mak Umi dan Ripin. Tok Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
(ii) Perkembangan: Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka berhasrat menasihati Tok Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tok Wali telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tok Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok Wali telah menampar anak saudara Tok Wali.
(iii) Klimaks: Tok Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tok Wali. Tok Wali mati setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin.
(iv)  Peleraian : Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tok Wali.

Teknik Penceritaan:

1. Teknik pemerian : Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama.
2. Teknik dialog : Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara   watak.
3. Teknik imbas kembali : Tok Wali menceritakan  peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas.Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut.
4. Teknik suspens. Pembaca tertanya-tanya pihak  yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tok Wali.

Watak dan Perwatakan
1. Tok Wali
1. Watak utama
2. Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus.
3. Dia berumur dalam lingkungan 70-an.
4. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah.5. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. 
6. Dia seorang yang tegas dengan pendirian. Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam.
7. Dia  seorang yang berani. Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
8. Dia seorang yang pantas bertindak. Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
9. Dia seorang yang taat akan perintah agama. Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat
    sunat.
10. Dia seorang yang suka membantu orang lain. Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa  meminta upah.

2. Ripin
1. Anak murid Tok Wali
2. Berusia dalam lingkungan 30-an
3. Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya.
4. Dia seorang yang menghormati orang tua. Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tok Wali.
5. Dia seorang yang taat suruhan gurunya. Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita datang, Ripin patuh akan kehendak Tok Wali
6. Dia seorang pendendam. Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali.

3. Mak Umi
1. Dia ialah isteri Tok Wali.
2. Berusia dalam lingkungan 50-an.
3. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.
4. Dia seorang yang bijak. Mak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok Wali.
5. Dia seorang yang penyabar. Mak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang  membidas  kata-katanya.
6. Seorang yang prihatin. Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.

Latar

Latar masa
1. Pada waktu pagi. Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali.
2. Pada waktu petang. Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri.
3. Pada waktu malam. Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi.

Latar tempat
1. Di rumah Tok Wali. 2 orang pemberita datang menemu ramah  Tok Wali di rumahnya.
2. Di gelanggang silat. Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat.

Latar masyarakat

1. Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa. Tok Wali  mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda
    kampungnya.
2. Masyarakat yang beradab. Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri   supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya.
3. Masyarakat yang saling menghormati. Ripin menghormati Tok Wali  kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.
4. Masyarakat yang hipokrit. Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.
5. Masyarakat yang tidak berakhlak. Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
6. Masyarakat yang taat perintah agama.Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Gaya bahasa

1. Penggunaan bahasa Arab : Assalamualaikum  Insya-Allah , Astagfirullahal’azim
2. Bahasa Inggeris : Sorrylah..
3. Bahasa Indonesia  : Bisa copot jantungku
4. Sinkope : Yang itu tak pulak disebut!.
                    Kerana dah tualah tak jadi manis tu!
5. Simile
Kawannya macam lalat
ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya.
macam rimau tak ada gigi
6. Simpulan bahasa : kambing hitam  
7. kata ganda : bertalu-talu, gegak-gempita   


Nilai

1. Nilai ketegasan : Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.
2. Nilai keberanian : Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
3. Nilai taat akan perintah agama : Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
4. Nilai hormat-menghormati : Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.
5. Nilai bertanggungjawab : Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.
6. Nilai tolong-menolong : Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok Wali dan Siak.
7. Nilai keprihatinan Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti  menggali kubur dan memandikan jenazah.


Pengajaran:

1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya.
2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka  banyak berjasa kepada kita.
3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.
4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.
5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.
6. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera.
7. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak   menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak.



Sekian.

Drama Cempaka Berdarah (Ting.4 )
Tema
 Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.

Persoalan
 1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan.
2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.
3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.
4. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.
5. Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun.

Plot
 Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita.

1. Permulaan
 Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

2. Perkembangan
 Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila
Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga kenanga.

3. Konflik
 Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter.

4. Klimaks
 Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter.

5. Peleraian
 Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri.


Teknik Plot
 1. Teknik pemerian. Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka,
contohnya : Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243)
 2. Teknik imbas kembali
Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun.
Contohnya: Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)


Watak dan Perwatakan
1. Zaman
 Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.
·
 Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.·
 Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.·
 Dia seorang yang penyayang.·
Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.
 Dia seorang yang berani.
·
Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter..
 Dia seorang yang bijak
·
Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya.
 Dia seorang yang keras hati.
·
Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain..
 Dia seorang yang tekun belajar
·
Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya.

2. Mak Jah
 Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka·
 Dia seorang yang penyayang·
Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat.
 Dia seorang yang tegas.
·
Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter.
 Dia seorang yang bertanggungjawab.
·
Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.

3. Prof.Peter
 Seorang lelaki Inggeris·
 Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan..·
 Dia seorang yang bijak·
Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang.
 Dia seorang yang sombong
·
Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.
 Seorang yang tegas
·
Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.
 Seorang yang sanggup berkorban.
·
Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun.

Latar
 Latar masa
 1. Pada sekitar tahun 60-an
2. Pada waktu menjelang tengah hari
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur.
3. Pada waktu petang
Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter.

Latar tempat
 1. Di rumah Mak Jah
Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.
2. Di pinggir belukar dalam kampung
Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka.

Latar masyarakat
 1. Masyarakat yang mempertahankan hak.
Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.
2. Masyarakat yang penyayang
Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .
3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita
Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.
4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.
Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman.
5. Masyarakat yang prihatin
Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya.

Gaya bahasa
 1. Sinkope : Tuan nak buat apa di sini?
2. Peribahasa :Keras hati, keras kepala
3. Kata ganda : betul-betul, lihat-lihat 
4. Sinkope : Yang itu tak pulak disebut!.

Nilai
1. Nilai kasih sayang
Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat.

2. Nilai keberanian
Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter.

3. Nilai hormat-menghormati
Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah.

4. Nilai bertanggungjawab
Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar.

5. Nilai kerajinan
Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian.

Pengajaran:
 1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.
3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita.
4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.
5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka.
6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka.
7. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan.

28 September, 2011


SAJAK HARGA REMAJA (T4)
Maksud

Rangkap Satu
Pertanyaan tentang harga remaja yang tidak mengalami kekecewaan.

Rangkap 2
Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima kesusahan, iaitu sana ada disebabkan perasan cinta yang belum masanya atau ilmu yang ditimba selama ini.

Rangkap 3
Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan dengan perjanjian dlam percintaan yang belum masanya. Remaja yang baik ialah remaja yang berani dan memiliki ilmu.

Rangkap4
Remaja hendaklah mengetahui arah tuju kehidupannya.

Tema
Ketinggian nilai remaja yang berilmu

Persoalan
(a) Kekecewaan golongan remaja.
(b) Percintaan remaja semasa usia muda
(c) Berani menempuh pelbagai cabaran dan mencuba sesuatu yang baru.
(d) Keyakinan diri dalam melakukuan sesuatu tindakan dan teguh pendirian demi melangkah arah tuju yang diingini.
(e) Menimba ilmu tanpa had sebagai bekalan masa depan yang cemerlang.

Bentuk dan Ciri-Ciri sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap
(b) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (enam baris) , rangkap kedua (enam baris), rangkap ketiga (enam baris), rangkap keempat (dua baris).
(c) Rima akhirnya bebas/tidak sama; abacad,abcdce,aa


Gaya Bahasa
(a) Simile Contoh
Bagai kehujiaun daun
Bagai kesegaran pohon
(b) Metafora . Conth cuka kesangsian, madu ajaran
(c) Asonansi. (pengulangan vocal e- Berapakah sebenarnya harga remaja)
(d) Aliterasi. (pengulangan konsonan t- dengan ketentuan tuju)

Nada
Sajak ini bernada didaktik

Nilai
(a) Rajin
(b) Berani
(c) Gigih berusaha
(d) Bijaksana
(e) Bercita-cita tinggi

Pengajaran
(a) Remaja hendaklah menjaga diri agar tidak mengalami kekecewaan.
(b) Elakkan bercinta sewaktu remaja kerana tidak membawa faedah.
(c) Remaja hendaklah menjadi golongan yang mencitai ilmu.
(d) Remaja perlu bersikap berani kerana benar.








Sajak Di Perpustakaan (T4)

TEMA
Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

PERSOALAN
(a) Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.
(b) Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.
(c) Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.

BENTUK SAJAK
(a) Terdiri daripada tiga rangkap
(b) Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris.
(c) Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris.
(d) Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba.
(e) Sajak ini berbentuk bebas.

NADA
Sinis

GAYA BAHASA
(a) Pemilihan kata atau diksinya indah - Contoh : Gua pendeta bersamadi.
(b) Aliterasi (pengulangan konsonan n) - Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4)
(c) Asonansi (pengulangan vokal a) - Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6)
(d) Anafora (pengulangan perkataan pada awal baris) - Contoh : Di puncak sepi, Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8)
(e) Metafora - Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3), Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7)
(f) Sinkope - Contoh : Melangkah ke ruangmu, Yang akan kucatat
(g) Personifikasi - Contoh : Ke kedinginan yang menerpa
(h) Imejan - Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)

NILAI
(a) Niilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu.
(b) Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.
(c) Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan.



PENGAJARAN
(a) Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.
(b) Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.
(c) Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.
(d) Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Sajak Tiba Waktunya (T4)

Tema  :Usaha mengangkat martabat wanita.

Persoalan
1. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar   kemajuan pada zaman moden.
2. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup.
3. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.
4. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani.

Bentuk
1. Terdiri daripada enam rangkap.
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua
   mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat
    mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir
    mengandungi dua baris.
3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam.
4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas.
5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc,    aabbbb, aabbb dan aa.
6. Sajak ini berbentuk bebas.

Nada
Patriotik

Gaya bahasa
1. Pemilihan kata atau diksinya indah.
    Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau
2. Kata ganda.
    Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa.
3. Aliterasi :pengulangan konsonan n
    Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau
4. Asonansi :pengulangan vokal u
    Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau
5. Sinkope.
    Contoh : kautanya
6. Hiperbola.
    Contoh : angin musim semakin deras dan ganas
7. Metafora
    Contoh : tunas-tunas harapan
8. Imajan / simbolik.
    Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan)
9. Inversi
    Contoh : usah kautanya persoalan dilemma




Nilai
1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam
pelbagai bidanguntuk pembangunan negara.
2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.
3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus
    perdana dalam hidup.
4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.

Pengajaran
1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran   dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri.
2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup.
3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.
4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal.

Sajak Adat Sezaman (T4)

MAKSUD

Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnyayang melampaui batasan agama.
TEMA
Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi.
PERSOALAN
1
Adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu
2
Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa malu.
3
Perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan.
4
Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas.
BENTUK
1
Sajak ini terdiri dari 1 rangkap.
2
Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal.
3
Terdiri daripada 4 – 13 suku kata.
4
Sajak berbentuk bebas.
NADA
Melankolik.
GAYA BAHASA
1
Pemilihan kata atau diksinya indah.
Contoh : warak si teruna jadi ikatan
2
Aliterasi :pengulangan konsonan l
Contoh : terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1,baris 4)
3
Asonansi :pengulangan vokal a
Contoh : sama cantik sama padan
4
Metafora
Contoh : si tua berduka lara (rangkap 1, baris 16)
5
Anafora
Contoh : terlalu indah apabila dipandang (rangkap 1, baris 3)
Terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1, baris 4)
6
Inversi
Contoh : adat sezaman ditinggal jauh (rangkap 1, baris 4)
Adat agama dipandang remeh (rangkap 1, baris 21)
NILAI
1
ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi.
2
ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama.
3
Jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.
PENGAJARAN
1
Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup.
2
Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran.
3
Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas.