30 March, 2012

Sajak T5: Arkitek Kota


Tema
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota. 

Persoalan
1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami.

2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.

3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.

4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas.

Bentuk
1. Bentuk bebas

2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
 
- Rangkap 1 - 7 baris ayat
- Rangkap 2 - 6 baris ayat
- Rangkap 3 - 5 baris ayat
- Rangkap 4 - 2 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abacdea
- Rangkap 2 – aabcdd
- Rangkap 3 – abcad
- Rangkap 4 – ab

Nada
Sinis

Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : perasaan musim

2. Diksi – mudah difahami
Contohnya : pemerhati tasik

3. Aliterasi – perulangan konsonan’p’
Contohnya : perenung di perpustakaan

4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : fiil langit dan sabar bumi

5. Kata ganda 
Contohnya : berbagai-bagai

6. Metafora
Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim


7. Perlambangan
Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar


Nilai
1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.

2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama di kota.

3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. . 

4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.

5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek.


Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan.

2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..

3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.

4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota..

5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.


Drama T5: Tiang Cengal Dinding Sayung



Tema
Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

Persoalan
1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
2. Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
3. Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang. 
4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
5. Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
6. Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Plot
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. 

Pembinaan Plot
Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;

(i) Permulaan

• Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.

(ii) Perkembangan

• Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna.
• Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke kuala Lumpur walaupun bapa mereka belum ditemui lagi.

(iii) Konflik

• Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah (ibu mereka) agar menerima kenyataan bahawa bapa mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami.
• Sabriah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun dia telah mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka.
• Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah kepada Sani dan dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga.
• Sabriah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat menumpang kehidupan mereka. 
• Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabriah yang hanya mementingkan kerjaya dan diri sendiri sahaja. 

(iv) Klimaks

• Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan meminta mereka pulang ke tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum ditemui.

(v) Peleraian

• Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi banyak kesedaran kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan masing-masing. Jimah meminta anak-anaknya juga memohon maaf daripada Sani yang banyak dihina oleh mereka. Pak Man bersyukur dengan situasi yang ceria itu dan dia juga bersyukur dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap.

Teknik Plot
1. Pemerian 

• Dia budak lurus. Putih, putihla yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah yang dia kata. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung…(ms 439)

2. Suspens

• Man: Orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

3. Kejutan 

• … Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare. Mahu? (ms 434)

Watak Perwatakan
Watak Utama

1. Jimah
• Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
• Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut. 
• Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut. 



Watak Sampingan
2. Sani

• Anak angkat Jimah – seorang doktor dan telah beristeri
• Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut.

3. Sabri

• Anak sulung Jimah
• Mengetuai ahli keluarga
• Penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.

4. Sabariah

• Graduan ekonomi bekerja di London
• Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.
• Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka. 

5. Shahrul
• Anak ketiga dalam keluarga
• Seorang akauntan di Kuala Lumpur
• Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai.
• Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.

6. Salmah

• Seorang pereka fesyen
• Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt.
• Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.

7. Wan Malin

• Isteri Sani
• Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

8. Man Bengap

• Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa.
• Cucu angkat Pak Man

9. Pak Man

• Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai. 
• Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga. 
10. Mak Jah

• Isteri Pak Man
• Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut. 

11. Wahid dan Senin

• Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami. 
• Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.

Latar 

Latar masa
• Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
• Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
• Senja di rumah Jimah 

Latar tempat
• Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
• Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah. 
• Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya.

Latar masyarakat
• Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.
• Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
• Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.
• Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.
• Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

Gaya Bahasa
1. Diksi
• Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey, HQ)

2. Falsafah
• Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga 

3. Simile
• .. air matanya itu macam anak air mengalir 

4. Metafora
• Ombak susu, gigi ombak

5. Repetisi
• Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah

Nilai
1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.

2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.

3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya.

4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.

5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.

2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.

3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.

4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.
5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.

6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.


Drama T5: Dato' Onn



TEMA & PEMIKIRAN
Perjuangan seorang tokoh Melayu untuk menuntut kemerdekaan
-Dato’ Onn (DO) anak Melayu yg bangun menentang penjajah terutama di Negeri Johor. Beliau menentang penjajah melalui pelbagai kaedah seperti melalui penubuhan akhbar, mengadakan perundingan antara kaum dan menubuhkan parti UMNO. Beliau berjaya memimpin orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.

PERSOALAN
1.Penindasan penjajah Inggeris terhadap bangsa Melayu
Org Ing dibawah kepimpinan Tuan D.J.Campbell berjaya memaksa Sultan utk mengizinkan mereka memungut cukai terhadap rakyat. Tanah dan rumah keluarga DO di Bukit Senyum pula dirampas mereka dikatakan gagal membayar hutang.

2.Kebijaksanaan pemimpin menyatukan kaum.
DO berjaya menjalankan perundingan dgn wakil org Melayu, MPAJA dan Kesatuan Melayu Muda(KMM) dgn menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.Belaiu berjaya menasihati wakil-wakil tersebut supaya jgn berbalah dan mematuhi peraturan yg digubal oleh kerajaan.

3.Peranan akhbarsebagai wadah menyampaikan maklumat
DO dan Syed Hussein al-Sagof telah menubuhkan akhbar Warta Malaya sebagai saluran org Melayu menyatkan tentangan mereka terhadap Ing secara aman.

4.Pengorbanan pemimpin kerana wujudnya perbezaan pendapat.
DO mengundurkan diri daripada menjadi pemimpin UMNO apabila belaiu membuka keahlian UMNO kepada semua kaum dan hal ini telah mendapat tentangan daripada kaum Melayu.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama : Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar (DO)
-anak Dato’Jaafar yg pernah berkahwin dgn Cik Kah.
-setelah bercerai beliau berkahwin pula dgn Halimah,adik iparnya.
-menjadi Pegawai Pemungut Hasil Tanah, nelayan dan Pegawai Daerah Batu Pahat.

Perwatakan
1.Pemimpin Yang Berwibawa – DO berjaya mengadakan perundingan dgn wakil MPAJA,KMM,wakil org Cina dan Kiai Salleh. Beliau memujuk mereka supaya berhenti bertelagah dan mematuhi undang2.
2.Ketua Keluarga Yang Bertanggungjawab – DO mengahwini Halimah, balu adiknya Muhammad sbg melaksanakan tanggungjawabnya sbg ketua keluarga demi kebaikan anak-anak adiknya.
3.Pemimpin Yang Berani Menegakkan Kebenaran – DO berani menentang Tuan D.J.Campbell yg menindas rakyat dgn memaksa mereka membayar cukai.

Watak Sampingan

Halimah
-Isteri kedua DO dan balu Muhamad, iaitu adik DO.
-Mempunyai dua org anak dengan Muhamad.

Perwatakan
1.Taat Perintah Suami – Apabila DO dipecat daripada jawatannya, Halimah redha dan bersedia mengikut suaminya berpindah ke Singapura.
2.Rajin Dan Gigih Berusaha – semasa berada di Singapura, Halimah menjual kuih utk membantu suaminya yg menjadi nelayan utk menyara kehidupan mereka.

D.J.Campbell
-Pegawai Ing yg berkhidmat di Pejabat Tanah Negeri Johor.
-Ketua DO.

Perwatakan
1.Suka menindas org Melayu – Apabila DO menegur dasar Ing, D.J.Campbell dan Maxwell memecat beliau.
2.Kedekut dan Sombong – memberitahu para pekerja bahawa mereka patut bermegah menjadi pemungut hasil tanah / cukai sedangkan beliau sebenarnya seorg yg bakhil dan sentiasa memberi tekanan terhadap pegawai2 Melayu.

LATAR
Latar Tempat

1.Di hadapan bangunan Sultan Ibrahim – DO berucap dan menaikkan semangat org Melayu supaya bersatu padu utk menjadi bangsa yg disegani demi menuntut kemerdekaan tanah air.

2.Di Rumah keluarga DO
- Muhamad iaitu adik DO meninggal dunia. Selepas kematian adiknya, DO mengahwini Halimah demi kebaikan anak-anaknya.
- DO menunjukkan surat dia diberhentikan kerja kepada Halimah. Walaupun berasa sedih, Halimah mengikut suaminya berhijrah ke Singapura.

3. Di Pejabat Tanah Negeri Johor – DO berbalah dgn Tuan D.J.Campbell. Apabila DO mahu berkeras mahukan pihak Ing memberikan layanan yg adil kepada pegawai Melayu, dia dipecat daripada jawatannya itu.

4. Di Warung makanan, di Pangkalan Nelayan Singapura – DO bertemu dgn Syed Hussein al-Sagoff. Meeka bersetuju utk menubuhkan Warta Malaya sebagai wadah perjuangan org Melayu.

5. Di Markas Kesatuan Melayu Muda (KMM) – Pemimpin KMM iaitu Dr.Burhanuddin Helmy, Ibrahim Yaacob dan Ahmad Boestamam berasa marah apabila pihak Jepun gagal memberikan kemerdekaan Tanah Melayu apabila mereka kalah dalam peperangan.

6. Di Bukit Pasir – Tempat pertemuan DO selaku wakil Pegawai Daerah Batu Pahat dengan ahli MPAJA, Kiai Salleh, wakil org Cina dan anggota KMM diadakan untuk menghentikan persengketaan.

7. Di Hotel Majestic, Kuala Lumpur – DO mengundur diri daripada memimpin UMNO apabila org Melayu tidak menerima cadangannya untuk membuka pintu keahlian UMNO kepada kaum lain.

8. Di Jalan Larkin, Johor Bahru – DO meninggal dunia di rumahnya ketika berusia 67 tahun.

Latar Masa
1.Tahun 1927 (Siang) – pertemuan DO dgn Syed Hussein al-Sagoff dan bersetuju menubuhkan Warta Malaya sebagai wadah perjuangan org Melayu utk menyuarakan pendapat mereka.
2. Tahun 1942 – Jepun menyerang dan menawan Tanah Melayu.
3. 21 Ogos 1945 – Pemimpin KMM seperti Fr. Burhanuddin Helmy, Ibrahim Yaacob dan Ahmad Boestamam berasa marah apabila pihak Jepun gagal memberikan kemerdekaan Tanah Melayu seperti yg dijanjikan apabila mereka kalah dalam peperangan.
4. 14 Mac 1946 – Melayu menentang Malayan Union. Satu kongres diadakan di Kuala Lumpur utk memansuhkan penubuhan MU.
5. Disember 1947 – Almarhum Sultan Ibrahim telah menganugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua bergelar Dato’ kepada DO atas jasa dan pengorbanan beliau dlm usaha mendapatkan kemerdekaan tanah air.
6. 25 Ogos 1951 – DO mengundur diri daripada UMNO apabila org Melayu tidak menerima cadangannya utk membuka pintu keahlian UMNO kepada kaum lain.

Latar Masyarakat

1.Masyarakat Melayu yg bersemangat patriotisme – DO ialah pemimpin Melayu yg mempunyai semangat patriotism yg tinggi apabila sanggup mengorbankan diri demi menegakkan keadilan bangsa Melayu.

2. Masyarakat Melayu yg berani menentang musuh – Kiai Salleh ialah pemimpin Melayu yg sangat berani menetang MPAJA yg sering menimbulkan huru-hara di kpg mereka.

3. Masyarakat penjajah Ing. yg kejam dan menindas org Melayu – D.J.Campbell dan Maxwell sangat bencikan org Melayu dan mereka menindas org Melayu dgn memaksa mereka membayar cukai. Mereka juga merampas harta dan tanah milik org kampung secara paksaan.

4. Masyarakat wartawan yg memperjuangkan bangsa Melayu – Syed Hussein al-Sagoff, Eunos Abdullah dan P.J.Jumat ialah wartawan yg bertanggungjawab dlm membantu DO utk menyiarkan suara org Melayu dlm akhbar Warta Malaya.

NILAI

1.Patriotisme – DO ialah pemimpin Melayu yg mempunyai semangat patriotism yg tinggi apabila sentiasa ingin membela nasib org Melayu yg mundur di negeri sendiri akibat dijajah oleh bangsa Ing.

2. Keberanian – DO berani menentang ketuanya D.J.Campbell yg membenci org Melayu dan menindas mereka sehingga beliau dipecat dariupada jawatannya sebagai Pegawai Pemungut Hasil Tanah.

3. Rasional – DO menolak cadangan pemimpin2 KMM yg mahu menyertai MPAJA kerana dia beranggapan bahawa komunis juga akan menjajah bangsa Melayu dan tanah airnya sendiri.

4. Bersatu padu – DO meminta org Melayu bersatupadu menetang Malayan Union(MU). Beliau menubuhkan UMNO sebagai usahanya untuk menyatupadukan org Melayu demi menuntut kemerdekaan.


PENGAJARAN

1.Kita hendaklah mempertahankan tanah air daripada terus dijajah oleh bangsa asing.
- DO berusaha dgn gigih utk menanam kesedaran dan menaikkan semangat anak bangsa utk melawan penjajah.

2. Kita hendaklah bermuafakat dalam melakukan sesuatu perkara.
- DO mengadakan rundingan antara wakil pihak MPAJA, wakil kaum Cina dan wakil kaum Melayu di Bukit Pasir utk mengelakkan pertumpahan darah sesame bangsa.

3. Kita hendaklah berpendirian tegas demi mempertahankan hak.
- Sebagai pemimpin DO sanggup berkorban walaupun dipecat daripada jawatannya demi mempertahankan maruah bangsa daripada ditindas oleh pihak penjajah.

4. Kita hendaklah bersatupadu dalam mempertahankan tanah air.
- DO menasihati rakyat di Tanah Melayu supaya bersatu padu utk melahirkan satu bangsa yg kuat agar keutuhan negara dapat dipertahankan melalui kemerdekaan.