16 November, 2008

Siapa lah Aku

Sekadar seorang budak tua dari kampung yang terpencil di dalam Bahagian Betong, Negeri Sarawak. Aku dilahir dan mula mendapat pendidikan di Kampungku iaitu Kampung Spaoh. Sekarang sudah berumahtangga dan berkongsi hidup dengan "yak" dari Kampung Hulu Spaoh. Sekampung lah tu. Hasil perkongsian hidup ini aku ada tiga orang anak. Dua pompuan dan tengahnya lelaki.
Pasal komputer ni aku bukannya pandai sangat. Boleh dikatakan dalam kategori "bebal" lah tu. Selalu saja "sesat" guna komputer. Nasib baik ada kawan yang sanggup bantu. Ikhlas tak ikhlas dia orang bantu...tak pe...yang penting aku terima ilmu dari kawan dengan hati yang ikhlas. Bukan ape..dah tua bangka macam ni baru pegagang komputer. Sebelum ni..nak pegang dan guna kalkulator pun 'fobia'. Entahlah...benda-benda canggih ini aku takut betui lah...budak kampung katakan...dulu masa kecik-kecik aku suka main 'koma', 'simban', 'sinjorot', main derebar upih pinang dan banyak lagi main-main kampung.
Pasal cerita-cerita lama ni...teringat aku masa darjah tiga hingga enam...aku selalu keliling kampung jual kuih 'berangin', lemang, pulut panggang masa cuti sekolah. 'Lagu' jual kuih tu memang ada 'tiun'nya tersendiri. Bukan aku sorang jual kuih. 'Petunggal' aku yang dua orang tu lah kami bersama jual kuih. Sekarang mereka berdua dah jadi cikgu... sebab tu lah...Guru Besar di kampung aku tu sekarang selalu kenangkan aku masa jual kuih masa kecil-kecil dulu..sebab dia yang selalu beli kuih aku. Seronok jual kuih keliling kampung ni. Yang seronoknya masa menyanyikan lagu...'kuiiiihhh......kuiiiiiiiiih..'
Berkat doa dan dorongan semangat dari kedua ibu bapaku...sekarang aku dah adalah passport jadi cikgu kampung. Alhamdulillah...
Semoga anak-anakku nanti lebih berjaya daripada apa yang aku nikmati sekarang...insyallah..

No comments: