30 March, 2012

Prosa Tradisional T5: Hikayat Upu Daeng Menambun



Tema:
Kepahlawanan
Kepahlawan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-negeri Melayu dan akhirnya menjadi raja di negeri-negeri Melayu.

Persoalan:

Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.
Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.

Watak dan Perwatakan:

( i ) Upu Daeng Menambun
anak raja mempunyai 4 saudara yang lain iaitu Daeng Parani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Chelak. berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau
dilantik menjadi raja di Mempawah

( ii ) Daeng Parani
saudara yang tertua antara lima bersaudara
beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah

( iii ) Daeng Kemasi
beristerikan anak Raja Mempawah
dilantik menjadi raja di Sambas

( iv ) Daeng Chelak
dilantik menjadi raja di Riau
berkahwin dengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman

( v ) Daeng Merewah
menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
berkahwin dengan Ungku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung

Latar:

Latar Masyarakat
1. Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Masyarakat istana
Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja.

Latar Tempat
1. Riau
Contoh: Upu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.
2. Siak
Contoh: Peperangan antara Upu Daeng berlima dengan orang Siak.
3. Negeri Matan
Contoh: Tempat Puteri Kesumba diraikan dengan besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun.

Latar Masa
1. Tujuh hari tujuh malam.
Contoh: Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun.
2. Hari Jumaat.
Contoh: Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar.

Gaya Bahasa:
1. Bahasa Istana.
Contoh: Sultan, ayahanda, patih, paduka, dayang-dayang.
2. Bahasa pinjaman bahasa Arab.
Contoh: warith, Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tulisan jawi, Rahmatullah Ta'ala.
3. Kata ganda.
Contoh: berkasih-kasihan, dibagi-bagi, betul-betul.

Nilai:
1. Nilai keberanian.
Contoh: Upu Daeng berlima berani menentang musuh.
2. Nilai tolong-menolong.
Contoh: Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.
3. Nilai menepati janji.
Contoh: Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan takhta.
4. Nilai kerjasama.
Contoh: Upu Baeng lima bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Pengajaran:
1.       Kita hendaklah berani menghadapi musuh. Contoh: Upu Daeng berlima berani menentang musuh.
2.       Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Contoh: Ratu Sultan bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun.
3.       Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan. Contoh: Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.
4.       Kita hendaklah menepati janji. Contoh: Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantu mendapatkan takhta


No comments: