30 March, 2012

Sajak T5: Kecek



Tema
Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.

Persoalan
1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
2. Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan dan hidup susah.
3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah

Bentuk
1. Bentuk bebas

2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 8 baris ayat
- Rangkap 2 - 11 baris ayat
- Rangkap 3 - 12 baris ayat
- Rangkap 4 - 5 baris ayat

3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abbcddba
- Rangkap 2 – abcdccedccb
- Rangkap 3 – abcccdebcfgc
- Rangkap 4 – abcbd

Nada
Sinis. 


Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; di kampung

2. Diksi – mudah difahami
Contohnya: seorang nelayan

3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya

4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya :di dalam pagar sengsara

5. Perulangan perkataan ’di’
Contohnya :di sebuah, di pantai

6. Metafora 
Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara, 
pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan

7. Perlambangan
Contohnya ; akaun, musim berlumut.



Nilai
1. Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh amanah.

2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal.Bertanggungjawablah untuk mencari yang halal. 

3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki.

4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada.Perasaan ini perlu wujud terhadap golongan kurang berada.

5. Nilai rasional dalam peredaran kehidupan.Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan.


Pengajaran
1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.

2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki
yang halal.

3. Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.


No comments: