30 March, 2012

Panduan Merumus Karangan SPM


RUMUSAN BAHASA MELAYU SPM

üProses mencari dan mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan.
ü Proses mengasingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti.
ü Panjang rumusan mestilah mematuhi arahan ( tidak melebihi 120pp)
ü Jumlah isi minimum ( tersurat dan tersirat ialah 8 dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah 
    patah  kata)
ü Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus.
ü Rumusan sebaik-baiknya ditulis dalam 4 peranggan iaitu perenggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.

PENDAHULUAN

Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.
a. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
b. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya.
• Faktor / sebab / punca/ elemen
• Akibat / kesan / impak / implikasi / natijah
• Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan
• Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah
• Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas.
• Langkah-langkah / cara-cara / kaedah /usaha-usaha / tindakan-tindakan/pendekatan /
strategi/modus operandi

CONTOH SOALAN : Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor (KATA KUNCI ISI TERSURAT) penderaan pembantu rumah dan kesan (KATA KUNCI ISI TERSIRAT) penderaan terhadap mereka.

1. Menulis frasa pendahuluan

CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/menyatakan ………

Sinonim : Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab penderaan pembantu rumah di negara kita pada masa ini.

ISI TERSURAT
• Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam petikan/ teks dan dapat dikesan berdasarkan arahan soalan.
• Jika arahan soalan adalah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
• Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.Setiap petikan biasanya mengandungi lebih daripada 6 isi tersurat.
• Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan petikan.
• Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan perhatian kepada isi utama atau isi penting sahaja.
• Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal.
• Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
• Untuk mengesan isi tersurat, pelajar DAPAT mengenal pasti perkatan-perkataan yang berikut, jika digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut)

Perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi tersurat
`1. Punca =  Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang /
2. Kesan =  Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh mendatangkan / menjadikan / menyebabkan / membolehkan / meninggalkan / mempengaruhi dan sebagainya.
3. Langkah =  Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya / wajib

Catatan : Selain mengenal pasti arahan dalam soalan dan kata kunci dalam ayat-ayat petikan , pelajar boleh juga menentukan isi tersurat berdasarkan ayat-ayat yang menggunakan Penanda Wacana sebagaimana jadual yang berikut:
Mengenal pasti Penanda Wacana Dalam Petikan
1. Walaupun… / Namun begitu. Pertentangan maklumat
2. Selain itu, Lebih daripada itu,Di samping, dan, serta, Kesinambungan maklumat / idea /tambahan
3. Natijahnya, akibatnya, Kesan
4. Juga, malahan Kesinambungan
5. Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu, Sebab


ISI TERSIRAT
• Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam arahan soalan
• Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah.
Contoh : Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan.
• Jumlah isi tesirat adalah 2 atau 3 isi, tetapi markah maksimum hanya 4 markah.

KESIMPULAN
• Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan .
• Unsur pertama ialah menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
• Unsur kedua ialah menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata ... agar / supaya

Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi ( kesan merupakan isi tersirat )


FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )
                     
                    Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci ) ........................

                  Antara ( Kata tugasan S ) ialah / adalah......... S1................... dan ......... S2 ................ . Selain itu, ……… S3………… serta ……… S4………… Di samping itu, ……………….. S5…………. dan ………… S6……………………


                Antara ( Kata tugasan T ) ialah/adalah………………T1………………................. dan ……………............. T2 ................................................

               Kesimpulannya, pihak sasaran mestilah/ haruslah ( cadangan : menyokong/ membanteras/ menangani terhadap isu ) supaya/ agar ( kesan/ alasan ) isi tersirat.

                                                                                             (jumlah perkataan )

No comments: