24 September, 2011

Cerpen Tanggar Amanat



Tema
Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga. Halusinasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.

Persoalan
1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.
2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.
3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air.
4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Watak dan perwatakan
Watak utama
Hawa
- keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah.
- Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.
- Seorang yang setia dalam hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam, suaminya.
- Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
- Isteri kepada Adam.

Watak sampingan
1. Adam
- Suami Hawa.
- Seorang yang penyabar. Adam sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.
- Mempunyai sifat patriotik yang tinggi. Ingin kembali dan menetap di Malaysia.
2. Janin
- .Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.
- Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya. Berani memberikan pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.
- Ikhlas memberi pandangan. Dia ikhlas memberi pandangan kepada ibunya.
- Mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah tumpah darah ayahnya, Adam.

Nilai
1. Nilai kasih sayang. Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.
2. Nilai kesabaran. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat.
3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.
2. Kita hendaklah bersabar menghadapi tekanan. Contohnya, Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.
3. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

No comments: