24 September, 2011

Prosa Tradisional Hikayat Langlang Buana



Tema
Percintaan anak raja
Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.

Persoalan

1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk Menentang Hulubalang Raja Bahrum .
2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

WATAK  & PERWATAKAN
Raja Indera Bumaya 
-Anak raja dari Negeri Lela Gambar
-Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
-Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih.
-Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
-Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya .
-Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi 
-
Puteri Raja Bahrum Dewa
-Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.
-Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir.
-Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan 
-Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati. 

Raja Bahrum Dewa 
-Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya.
-Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.
-Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.


Latar Masa
• Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.
• Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir

Latar Tempat
• Kolam tempat Tuan Puteri mandi 
• Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.
• Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya.

Latar Masyarakat
• Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 
• Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.
• Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya.


NILAI
Nilai keberanian Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.

Nilai Kasih sayang Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya.

Nilai bekerjasama Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.

Nilai kebijaksanaan Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Nilai ketaatan Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan 
rakyat Raja Bahrum Dewa

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri .
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya.
3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri.

No comments: