28 September, 2011

Sajak Tiba Waktunya (T4)

Tema  :Usaha mengangkat martabat wanita.

Persoalan
1. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar   kemajuan pada zaman moden.
2. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup.
3. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.
4. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani.

Bentuk
1. Terdiri daripada enam rangkap.
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua
   mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat
    mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir
    mengandungi dua baris.
3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam.
4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas.
5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc,    aabbbb, aabbb dan aa.
6. Sajak ini berbentuk bebas.

Nada
Patriotik

Gaya bahasa
1. Pemilihan kata atau diksinya indah.
    Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau
2. Kata ganda.
    Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa.
3. Aliterasi :pengulangan konsonan n
    Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau
4. Asonansi :pengulangan vokal u
    Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau
5. Sinkope.
    Contoh : kautanya
6. Hiperbola.
    Contoh : angin musim semakin deras dan ganas
7. Metafora
    Contoh : tunas-tunas harapan
8. Imajan / simbolik.
    Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan)
9. Inversi
    Contoh : usah kautanya persoalan dilemma




Nilai
1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam
pelbagai bidanguntuk pembangunan negara.
2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.
3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus
    perdana dalam hidup.
4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.

Pengajaran
1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran   dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri.
2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup.
3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.
4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal.

No comments: